Bahaya Magnet Hiasan di
Peti Sejuk
Bahaya Magnet Hiasan Di Peti
Sejuk Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan
akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais
sejuk. Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang
disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang
memakannya mungkin mengidap kanser.
Kanser sel terjadi apabila satu
sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka,
ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan
perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta
kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima
rawatan. Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut
pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat
menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil.
Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap
bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. Kita
harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta
atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel
kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan.
Pada peringkat awal ini, rawatan
dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir penyakit ini sudah
ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan
yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika
umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. Kajian oleh Penyelidik Universiti
Princeton Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan
tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa
magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang
dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.
Tujuan kajian ini adalah untuk
melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan
di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil kajian klinikal
menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet
mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus
yang lain. Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi
kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian
lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet
hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan.
Mencegah lebih baik dari merawat.
No comments:
Post a Comment