CARA MENGURUS URI ANAK
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan
pelajari ialah menanam uri. Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga
disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah
teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada
bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan
uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua
kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri
pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri
tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Cara menguruskan uri
1.
Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2.
Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan
guna sabun/shampoo.
3.
Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan
doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4.
Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci
bersih-bersih.
5.
Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa
dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6.
Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik
bau limau dan untuk harumkan uri.
7.
Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti
plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat
seperti sup bunjut.
8.
Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas
seperti sup bunjut.
9.
Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak
dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10. Baca
Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan
timbus.
11. Tanam
ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12. Letak
batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13. Jangan
di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan
khurafat.
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam
tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu
tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di
hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat
masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku,
pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
No comments:
Post a Comment