Proses Pertumbuhan Gigi
Benih gigi susu akan terbentuk pada usia janin antara lima hingga enam minggu dalam kandungan. Pada peringkat itu ibu yang mengandung perlu mengambil makanan yang mengandungi banyak zat kalsium dan posphorus bagi menguatkan benih gigi itu.
Gigi susu yang pertama tumbuh pada usia lima bulan.Ia tumbuh secara berperingkat sehingga mencapai dua tahun.Rahang mulut juga turut membesar untuk memberi ruangan kepada pertumbuhan gigi susu. Gigi kekal mula membentuk apabila anmda berumur antara 11 hingga 13 tahun.
Selain berfungsi mengunyah makanan,gigi susu mempunyai peranan yang lebih penting iaitu memberi ruang kepada gigi kekal yang bakal tumbuh.Gigi susu akan tanggal secara berperingkat dan ia akan diganti dengan gigi kekal. Oleh itu, sekiranya gigi susu tanggal sebelum waktunya atau terlalu awal, gigi kekal yang bakal tumbuh tadak mempunyai ruang seperti sepatutnya. Ini akan menyababkan ia tumbuh dalam keadaan tidak teratur. keadaan itu disebut sebagai masalah maloklusi.
Keadaan gigi tidak teratur disebabkan sikap anda yang tidak mengambil berat kesihatan gigi. Ia juga menyebabkan pertumbuhan kalkulus. Kalkulus ialah sisa makanan yang terlekat di celah gigi. kedudukan gigi yang tidak teratur menyebabkan gigi sukar dibersihkan. Sisa makanan itu lama kelamaan akan menjadi keras. Akibatnya anda akan menghadapi masalah radang gusi. Gusi anda bengkak dam mudah berdarah. Radang itu disebabkan toksin daripada plak atau sisa makanan.
Masalah kalkulus yang serius akan merosakkan ligamen yang mengukuh ikatan gigi dalam tulang rahang. Penyakit gusi juga menyebabkan penyurutan tulang rahang(tulang alveolus) sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan gigi menjadi longgar.Dalam keadaan begini mulut anda juga turut berbau busuk. Tanpa rawatan awal, gigi longgar sudah tentu tidak boleh diselamatkan lagi.
Sumber: Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir
Halitosis
Selain punca nafas berbau daripada keadaan mulut yang kering, ia juga disebabkan oleh beberapa faktor:
- Dalam keadaan lama tidak makan dan minum. Contohnya apabila anda bangun pagi atau ketika menjalani ibadat puasa.
- Mengalami penyakit gusi( akibat kehadiran kalkulus).
- Gigi yang mengalami kerosakan dan masih menjalani rawatan.
- Ulser atau infeksi dalam mulut.
- Menggunakan gigi palsu yang tidak dijaga kebersihan.
- Mengalami tekanan perasaan (stress) mengakibatkan kekeringan mulut.
- Berpunca daripada masalah perubatan seperti penyakit paru-paru, kerongkong, usus dan lain-lain.
- Merokok.
Cara mengatasi nafas berbau:
- Dapatkan pemeriksaan mulut dan gigi. Pensaleran untuk membuang kalkulus dari permukaan gigi dan rawatan penyakit gusi atau tampalan jika perlu.
- Gigi palsu (dentur) perlu dibersihkan dengan sempurna selepas makan.
- Memberus gigi dengan baik. Ini termasuk bahagian lidah perlu dibersihkan dengan menggunakan berus gigi.
- Elakkan bernafas melalui mulut kerana ia boleh mengeringkan keadaan mulut.
- Kerap berkumur dengan air.
- Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas setiap hari.
- Cuba atasi tekanan perasaan anda dengan mengadakan perbincangan atau mendapatkan pertolongan orang lain.
Sumber: Dr. Yun Rohani Shaffie
No comments:
Post a Comment