Monday, April 22, 2013

Masa Depan cerah


8 Tanda-tanda seseorang punya masa depan cerah

Apa yang Anda lihat ketika memilih pasangan? Orangyang berasal dari keluarga kaya dan terpandang? Jika tujuan hubungan Anda hanya saat ini, mungkin itu cukup. Namun, bila yang Anda cari adalah hubungan yang serius hingga ke pernikahan, ada kriteria lain yang sebaiknya Anda lihat, yaitu potensi kesuksesan dia.

1. Punya tujuan hidup
Ketika Anda bertanya apa tujuan hidupnya, ia akan menjelaskan secara rinci kepada Anda rencana jangka pendek dan menengahnya, apa yang ingin ia lakukan setahun mendatang, lima tahun, dan seterusnya.

Bahkan, ia menyiapkan rencana cadangan untuk mengantisipasi kegagalan. Tidak hanya menjawab, "Kita lihat saja nanti, jalani saja hidup ini seperti air mengalir."

2. Mandiri
Ia tidak bergantung pada orang lain dan mengandalkan kemampuan sendiri dalam hal apa pun. Misalnya, sejak awal mula bekerja, ia menanggung sendiri biaya hidupnya tanpa bantuan orangtuanya. Orangseperti ini menunjukkan bahwa ia bertanggung jawab atas hidupnya dan hidup orang yang ia sayangi. Si dia juga tak pernah mengeluh mengenai pekerjaannya. Karena ia sadar, untuk mencapai kesuksesan, tentu dibutuhkan usaha dan kerja keras.

3. Hobi menolong
Anda tentu pernah mendengar ungkapan semakin banyak memberi, akan semakin banyak menerima. Percaya atau tidak, ungkapan ini memang ada benarnya. Jadi, bila pasangan termasuk Orangyang ringan tangan membantu orang lain, Anda perlu berbangga hati mendukungnya. Sebab, ini akan menjadi bekal atau tabungan untuk menuju kesuksesannya di masa depan. Siapa tahu seseorang yang ia bantu saat ini berperan penting dalam kariernya di kemudian hari.

4. Bersahabat dan berwawasan
Sikapnya yang bersahabat ditambah dengan wawasan luasnya biasanya akan mudah mengambil hati banyak orang, termasuk saat melobi orang-orang penting yang berkaitan dengan kariernya. Pengetahuannya tentang berbagai hal termasuk berita-berita terkini akan membuat orang lain merasa nyaman berdiskusi dengannya. Semakin banyak orang tertarik padanya, semakin luas juga networking-nya. Kalau sudah begini, Anda tak perlu khawatir dengan kualitas diri yang dimiliki si dia, kesuksesan pun akan segera menghampiri.

5. "Family man"
Orangyang bertanggung jawab dan menyayangi keluarganya biasanya adalah orangyang juga memerhatikan perkembangan kariernya. Ia akan selalu termotivasi meningkatkan karier lebih baik lagi untuk memenuhi kebutuhan keluarganya. Selain itu, orangtipe ini cenderung setia pada pasangannya sehingga ia bisa menyeimbangkan waktu dan pikirannya untuk Anda dan pekerjaannya.


6. Memiliki investasi
Saat ini gaji si dia tak bisa dibilang besar? Tak perlu khawatir selama ia bisa mengatur pendapatannya dan tak selalu kehabisan uang di tengah bulan. Apalagi bila ia termasuk orang yang jeli melihat peluang bisnis. Tak perlu terlalu besar, berangkat dari bisnis kecil-kecilan pun bisa mengantarkannya menjadi pengusaha sukses. Dukung sepenuhnya ketika dia memiliki keinginan untuk mencicil rumah atau berinvestasi dalam bentuk lain, seperti saham atau reksa dana. Karena ini menunjukkan si dia sangat memikirkan masa depan.

7. Realistis dan lurus
Meskipun si dia bersemangat meraih mimpinya, tetap amati bagaimana usahanya meraih impian, jangan sampai si dia menghalalkan berbagai cara yang justru bisa menghancurkan masa depannya. Ingatkan untuk tetap realistis dengan kemampuan yang dimilikinya. Bila si dia ahli dalam bidang teknologi informatika, ia tak perlu memaksakan diri untuk menjadi seorang public relations karena tertarik melihat temannya yang sukses di bidang tersebut. Masing-masing orang kan memiliki kelebihan yang berbeda-beda.

8. Optimistis dan positif
Ia sangat tahu apa yang menjadi kelebihan dan kekurangannya sehingga ia selalu percaya diri saat berinteraksi dengan orang lain ataupun ketika diberikan tanggung jawab baru. Ia hampir tak pernah berkata "tidak bisa" atau "malas deh melakukannya". Ia selalu berpikir positif dan optimistis bahwa setiap tantangan yang datang pasti ada solusinya. Selain itu, ia juga terbiasa fokus dalam melakukan sesuatu sehingga tak cepat menyerah saat mengalami kegagalan.

Friday, April 19, 2013

Gigi dan Bau Mulut



Proses Pertumbuhan Gigi

Benih gigi susu akan terbentuk pada usia janin antara lima hingga enam minggu dalam kandungan. Pada peringkat itu ibu yang mengandung perlu mengambil makanan yang mengandungi banyak zat kalsium dan posphorus bagi menguatkan benih gigi itu.

Gigi susu yang pertama tumbuh pada usia lima bulan.Ia tumbuh secara berperingkat sehingga mencapai dua tahun.Rahang mulut juga turut membesar untuk memberi ruangan kepada pertumbuhan gigi susu. Gigi kekal mula membentuk apabila anmda berumur antara 11 hingga 13 tahun.

Selain berfungsi mengunyah makanan,gigi susu mempunyai peranan yang lebih penting iaitu memberi ruang kepada gigi kekal yang bakal tumbuh.Gigi susu akan tanggal secara berperingkat dan ia akan diganti dengan gigi kekal. Oleh itu, sekiranya gigi susu tanggal sebelum waktunya atau terlalu awal, gigi kekal yang bakal tumbuh tadak mempunyai ruang seperti sepatutnya. Ini akan menyababkan ia tumbuh dalam keadaan tidak teratur. keadaan itu disebut sebagai masalah maloklusi.

Keadaan gigi tidak teratur disebabkan sikap anda yang tidak mengambil berat kesihatan gigi. Ia juga menyebabkan pertumbuhan kalkulus. Kalkulus ialah sisa makanan yang terlekat di celah gigi. kedudukan gigi yang tidak teratur menyebabkan gigi sukar dibersihkan. Sisa makanan itu lama kelamaan akan menjadi keras. Akibatnya anda akan menghadapi masalah radang gusi. Gusi anda bengkak dam mudah berdarah. Radang itu disebabkan toksin daripada plak atau sisa makanan.

Masalah kalkulus yang serius akan merosakkan ligamen yang mengukuh ikatan gigi dalam tulang rahang. Penyakit gusi juga menyebabkan penyurutan tulang rahang(tulang alveolus) sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan gigi menjadi longgar.Dalam keadaan begini mulut anda juga turut berbau busuk. Tanpa rawatan awal, gigi longgar sudah tentu tidak boleh diselamatkan lagi.

Sumber: Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir





Halitosis  


Nafas berbau juga dikenali dengan nama Halitosis. Halitosis berasal daripada perkataan Latin; halitus bermakna nafas dan 'osis' bermakna 'keadaan'. Ini sekali gus membawa maksud keadaan nafas yang kurang menyenangkan.

Selain punca nafas berbau daripada keadaan mulut yang kering, ia juga disebabkan oleh beberapa faktor:
  • Dalam keadaan lama tidak makan dan minum. Contohnya apabila anda bangun pagi atau ketika menjalani ibadat puasa. 
  • Mengalami penyakit gusi( akibat kehadiran kalkulus). 
  • Gigi yang mengalami kerosakan dan masih menjalani rawatan. 
  • Ulser atau infeksi dalam mulut. 
  • Menggunakan gigi palsu yang tidak dijaga kebersihan. 
  • Mengalami tekanan perasaan (stress) mengakibatkan kekeringan mulut. 
  • Berpunca daripada masalah perubatan seperti penyakit paru-paru, kerongkong, usus dan lain-lain. 
  • Merokok.

Cara mengatasi nafas berbau:
  • Dapatkan pemeriksaan mulut dan gigi. Pensaleran untuk membuang kalkulus dari permukaan gigi dan rawatan penyakit gusi atau tampalan jika perlu. 
  • Gigi palsu (dentur) perlu dibersihkan dengan sempurna selepas makan. 
  • Memberus gigi dengan baik. Ini termasuk bahagian lidah perlu dibersihkan dengan menggunakan berus gigi. 
  • Elakkan bernafas melalui mulut kerana ia boleh mengeringkan keadaan mulut. 
  • Kerap berkumur dengan air. 
  • Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas setiap hari. 
  • Cuba atasi tekanan perasaan anda dengan mengadakan perbincangan atau mendapatkan pertolongan orang lain.
Sumber:  Dr. Yun Rohani Shaffie
 

Wednesday, April 17, 2013

Mencabut Gigi Susu

Bilakah perlu mencabut gigi susu?


Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Serba sedikit mengenai gigi susu
Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.

Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1.    Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2.    Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3.    Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4.    Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5.    Jika takut uuntuk cabut sendiri.

Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali.

Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
1.    Keturunan
Rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2.    Gigi yang dicabut terlalu awal
Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3.    Gigi susu yang tidak dicabut
Jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun.

Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan. Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan. Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa. Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu.

Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi.

Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat.


Copy Paste -