Friday, September 2, 2011

Bariyani Bandaramas

BARIANI BANDARAMAS


BAHAN:
1 kg beras basmathi-dicuci dan ditoskan.
1 liter air.
30 ml minyak sapi.
40 ml minyak masak.
40 ml susu cair.
40 gm daun sup.
30 gm daun bawang dan dihiris.
1.2 ml pewarna kuning.
10 gm bawang merah dan dihiris.
30 gm biji gajus.
Secubit garam.

50 gm rempah bariani..
10 gm bunga lawang.
15 gm kayu manis.
4 biji buah pelaga.
6 kuntum bunga cengkih.

CARA MEMASAKNYA:
Tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bawang yang telah dihiris sehingga naik bau.
Masukkan air, susu dan garam.
Setelah air mendidih masukkan rempah bariani, minyak sapi, beras dan pewarna kuning. Tutup periuk biarkan hingga nasi masak.
Setelah nasi masak, taburkan bawang goreng, buah gajus, daun sup dan daun bawang diatasnya.

RESIPI INI TELAH DICUBA DI DAPUR KAMI, PADA 31hb OGOS 2011.
UNTUK HIDANGAN HARI RAYA IED

No comments: