Saturday, September 3, 2011

IED 1432H


Indahnya KebersamaaN



Malam Takbiran di Toapaya Kab. Bintan

 



  


 





Menunggu Ferry di Pelabuhan Penyeberangan 
Punggur Batam - Tj. Uban Bintan








Raya Hari Pertama di Perum Bandaramas - BATAM


 










Kek COklat: CoNa




KEK COKLAT CoNa



BAHAN:
2 Cwn tepung gandum.
1 Cwn serbuk koko.

2.5 ml soda bicarbonate.
2 butir telur ayam (Gred A).

1 Cwn gula pasir.
1 Cwn minyak masak.
1 Cwn susu pekat manis.
1 Cwn air panas.


CARA MEMASAKNYA:
Ayakkan bersama tepung gandum,serbuk koko dan bicarbonate soda.
Pukul gula dan telur sampai kembang.
Masukkan susu dan minyak masak dan kemudian gaul hingga sebati.
Masukkan tepung yang sudah diayak, gaul hingga rata, dan kemudian masukkan air panas, kacau hingga rata.
Masukkan dalam loyang dan kukus selama 50 minit.

Friday, September 2, 2011

Bariyani Bandaramas

BARIANI BANDARAMAS


BAHAN:
1 kg beras basmathi-dicuci dan ditoskan.
1 liter air.
30 ml minyak sapi.
40 ml minyak masak.
40 ml susu cair.
40 gm daun sup.
30 gm daun bawang dan dihiris.
1.2 ml pewarna kuning.
10 gm bawang merah dan dihiris.
30 gm biji gajus.
Secubit garam.

50 gm rempah bariani..
10 gm bunga lawang.
15 gm kayu manis.
4 biji buah pelaga.
6 kuntum bunga cengkih.

CARA MEMASAKNYA:
Tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bawang yang telah dihiris sehingga naik bau.
Masukkan air, susu dan garam.
Setelah air mendidih masukkan rempah bariani, minyak sapi, beras dan pewarna kuning. Tutup periuk biarkan hingga nasi masak.
Setelah nasi masak, taburkan bawang goreng, buah gajus, daun sup dan daun bawang diatasnya.

RESIPI INI TELAH DICUBA DI DAPUR KAMI, PADA 31hb OGOS 2011.
UNTUK HIDANGAN HARI RAYA IED