Perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu
Di lobi sebuah muzium yang berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga dibuat daripada marmar. Para pengunjung yang datang dari seluruh dunia memuji-muji kecantikan patung itu. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut ...
Lantai marmar :
Patung .. ini memang tak adil! Mereka datang untuk memijak-mijak badan aku dan memuja-muja diri kamu. Tak adil!
Patung marmar :
Sahabatku... masih kah kamu ingat bahawa kita berasal dari gunung yang sama?
Lantai marmar :
Ya aku ingat! Sebab itu aku berasa tidak adil. Kita lahir di gunung yang sama tetapi kita mendapoat layanan yang berbeza!
Patung marmar :
Kalau begitu, masih ingatkah engkau saat pengukirdatang untuk mengukir diri kamu, tapi kamu menolaknya kerana kamu tidak mahu disakiti oleh peralatan-peralatan yang digunakannya?
Lantai marmar :
Ya, aku ingat lagi. Tapi aku tak suka lelaki itu! Dia menikam, mengetuk dan memecahkan badan aku! Ia sungguh menyakitkan!
Patung marmar :
Betul itulah sebabnya dia tidak dapat mengukir diri kamu.
Lantai marmar :
Jadi ???
Patung marmar :
Apabila pengukir itu kecewa dengan kamu dan mula mengukir diriku, aku tahu bahawa aku akan jadi suatu yang berbeza apabila kerjanya selesai kelak. Jadi, aku relakan diriku untuk dibuat apa saja olehnya, sekalipun seluruh badan aku berasa amat sakit sekali.
Sahabatku... kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh kerana kamu mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan, jadi kamu janganlah sekali-kali menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya di atas tubuh kamu.
Sahabatku... kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh kerana kamu mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan, jadi kamu janganlah sekali-kali menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya di atas tubuh kamu.
.
No comments:
Post a Comment