KEMATIAN
1) Talipon ambulans dan Doktor akan sah kan kematian. Doktor akan bagi beberapa surat/borang untuk dibawa buat laporan ke balai polis.
2) Talipon orang surau/jiran yg terdekat.
3) Bawa document yan dibagi doctor, IC dan SIjil Lahr si mati, serta segala surat perubatan jika ada. Bawa ke balai polis untuk buat laporan.
4) Ingat untuk bahagikan tugas.
Apabila disahkan oleh doktor tentang kematian, sebelum hadirnya jiran-jiran.
1) Letak jenazah atas tilam. Kaki ke arah kiblat dan muka menghadap kiblat.
2) Chek seluar / pampers jika ada terberak atau terkencing. Jika ada cuci dulu.
3) Salin seluar baju yg bersih.
4) Cari perca kain bersih dan buat beberapa tali.
Lemaskan badan jenazah:
1) Sediakan minyak zaitun/baby oil.
2) Urut pelan-pelan muka dan rapatkan mulut & ikat dari dagu ke kepala.
3) Urut mata pelan-pelan, rapat kan. Jika x rapat, maka letak duit syiling 50sen di kelopak mata dan bila dah rapat, lepaskan duit itu.
4) Urut pelan-pelan tangan siku, kiam kan elok-elok dan ikatkan kemas-kemas.
5) Punggung dan peha rapatkan elok-elok. Urut pelan-pelan.
6) Lutut rapat kan elok-elok, dan ikat tali.
7) Betis rapat kan, dan ikat tali.
8) Pegelangan kaki urut dan rapat kan, kemudian ikat kemas-kemas.
9) Dua ibu jari dirapat kan dan ikat kan.
10) Ambik kain tudung bawal putih jarang, dan tutup bahagian muka.
11) Ambik kain batik Panjang, dan tutup keseluruhan nya.
Tujuan urut supaya segala sendi-sendi tetap lembut sehingga memudahkan waktu nak mandi/kafan.
Buat pelan2, sambil sedekah al fatihah. Ini kerana jenazah yang tercabut nyawa nya dalam keadaan perit sakit.
1) Siap kan dalam beg kain batik panjang 4 hela, dan towel satu.
2) Daun pandan sepokok, dibersih kan dan kerat-kerat. Buh dalam plastik.
3) Sebelum kedatangan jiran-jiran, anak2 yang lain bersihkan rumah.
7) Bila jenazah danrumah dah ready semua,sementara tunggu urusan yg seterusnya. Cuba ambik kesempatan brehat, makan minum secukup nya.