Kisah
Sedih Diari Seorang Isteri
Aduh...sakitnyer.
..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada
suaminya Zakri."Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam
dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang
tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la
tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa
hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik
bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor
Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.
Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan
air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan
Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ."Come on Nisa u can do
it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa
bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar "Good
mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba
Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang
lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam
mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a
twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya
mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa
berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar
tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .
Tapi
Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania
diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian
dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa
termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa
mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak
kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk
akal semuanya dihamburkan pada Nisa.
Tak
sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan
pendirian Nisa.Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa
mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga
bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama
sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa
balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi
sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat
kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah
terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak
macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja.
Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah
penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan,
Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak
Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak
baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri
sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu
sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.
Nisa
hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari
Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan
baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu
pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu
yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah
Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh heee
teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
"Walaupun
saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima
kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya
sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga
kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya.
Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak
kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis
waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah
sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam
terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam
sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa
berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di
pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan
dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.
Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki
bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau
diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak
tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa
naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa
menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa
macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah,
menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa
tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila
Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak
bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda
perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu
bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah
menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu
menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu
Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu
pergi ke sana untuk menolong.
Hari
dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam
nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit
bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan
mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa
pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni,
lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi.
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku
penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak
pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari
pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa
memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di
hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa
tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH
kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA
ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah.
Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf
jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil
teresak-esak.
Treet,Treet,
Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok
je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah
sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa
punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je
kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan
kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak
ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.
"Akulah
kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka
perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan
zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan
mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah,
sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.
Treet,
Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab
Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa,
datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri ."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I
atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah
jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri,
kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius,
sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan
kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya
Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan
diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri
tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan
semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak
pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat
sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA
ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor
Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu
pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal
membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada
darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu
lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari
kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa
minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita
tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah
diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri
mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran
tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari
, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa
semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya
perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa
begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan
terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga
ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang
berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu
Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa
benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada
Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja.
Abang dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang
pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu
sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan
kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk
diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial
dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania
tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka
adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi
bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada
hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa
walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari
kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.
Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan
Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah
daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu
pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita,
walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan
kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA
adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa
selama setahun kita bersama.
Sekiranya Abang tidak sudi menerima
Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan
segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak
menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada
Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut
raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut
iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang
dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah
Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan
Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg
Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari
pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA
NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri
terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri
seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya
Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti
wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya
aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah
suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang
begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha.
Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat
Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa
buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.
"Nisa
Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil
menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri
meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari
bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan
terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula
setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah
Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama.
Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian
Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak
mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana
atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu
orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri
keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai
airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.
Hanya
KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA
ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa
datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih
bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari
lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.
"YA
ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa
kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh
Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri
berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan
secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah,
ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak,
abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan
pusara Nisa....