Panduan Membesarkan Anak
Didik anak mengikut zamannya. Jangan didik anak seperti cara kita dididik oleh ibu bapa kita dulu kerana persekitaran serta pengaruh dulu berbeza dengan kini.
Jangan didik anak sama rata. Ada kajian menunjukkan anak tengah selalunya lebih bermasalah berbanding anak sulung dan bongsu kerana mereka selalu dipinggirkan oleh ibu bapa.
Sekarang dikatakan zaman ICT, maka ibu bapa perlu turut serta mengikuti apa itu facebook, twitter dan sebagainya. Boleh biarkan mereka meneroka alam siber, tetapi berilah berilah panduan supaya mereka tidak terlalu larut. Menetapkan had masa umpamanya hanya satu jam dalam sehari, amat membantu.
Bawalah anak-anak berbincang dan dengar keluhan mereka secara harmoni. Elakkan pergaduhan ketika berbincang dan jangan gunakan kata-kata kesat sebab perkataan yang keluar daripada mulut adalah suatu doa. Sekiranya ibu bapa tidak bersetuju dengan saranan anak, berikan penjelasan yang jelas.
Tidak salah mempunyai pembantu rumah atau tidak memasak sendiri di rumah, sebaliknya menyajikan anak dengan makanan dibeli atau dimasak orang gaji, tetapi pastikan masa makan diperuntukkan bersama-sama dengan anak.
Kajian menunjukkan ahli keluarga yang dihantar ke muka pintu sebelum keluar rumah dengan memberikan kata-kata perangsang seperti ‘belajar rajin-rajin di sekolah’ dan ‘berhati-hati dalam perjalanan dan di tempat kerja’ dapat meningkatkan 70 peratus daripada produktiviti.
Jangan berhenti berdoa untuk kesejahteraan anak-anak serta ahli keluarga.