Sunday, January 23, 2011

Meninggalkan Shalat


12 Azab tinggalkan shalat




Orang yang meninggalkan shalat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW akan mendapatkan 12 azab.

3 Azab akan diturunkan di dunia, 3 Azab menjelang ajal, 3 Azab di dalam kubur, dan 3 Azab di hari kiamat.

Tiga azab di dunia diantaranya:
Pertama Allah SWT akan menghilangkan berkah dari usaha dan resekinya.
Kedua, Allah SWT akan mencabut cahaya orang-orang mukmin darinya.
Ketiga, dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman

Tiga azab saat hendak mati diantaranya:
Pertama, ketika ruh dicabut orang tersebut dalam keadaan kehausan, meskipun orang tersebut telah meminum seluruh air laut.
Kedua, orang tersebut akan merasakan sakit yang sangat luar biasa tatkala ruh dicabut dari jasadnya.
Ketiga, dia akan risau, resah karena hilangnya keimanan.

Tiga azab yang akan dihadapi ketika berada di dalam kubur, di antaranya:
Pertama, ia akan kesulitan menjawab pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir.
Kedua, ia akan merasa gelap saat berada di dalam kubur.
Ketiga, kuburnya terasa mengimpit, sehingga tulang rusuknya remuk.

Tiga azab lagi akan diturunkan Allah SWT saat hari kiamat, di antaranya:
Pertama, hisab terhadapnya menjadi sangat berat.
Kedua, Allah SWT sangat murka kepadanya.
Ketiga, Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.


Semoga kita diberi kekuatan agar bisa mengerjakan shalat sebagai amalan sehari-hari.

Sunday, January 16, 2011

Bulan Kelahiran




Bulan Kelahiran dan Personaliti Diri


Tepuk dada tanya selera. Bulan mana anda dilahirkan? Cuba semak dan lihat dengan apa yang diperkatakan di bawah ini. Jika ia kena atau menepati keperibadian (biaanya yang positif) anda mungkin ia hanya suatu kebetulan. Dan barangkali jika ia bersifat tohmahan (terutama yang berkaitan dengan hal-hal negatif), maka abaikannya. Tujuan ramalan ini untuk dijadikan motivasi dan antara alat untuk kita bermuhasabah diri. Mana yang baik elok diteruskan dan cuba perbaiki apa yang tidak baik. Semoga kita akan terus dirahmatiNya.

Selamat menyemak!



JANUARI: Bercita-cita tinggi dan orangnya serius. Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang lain dan mudah mengeritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Smart, kemas dan teratur. Brsifat sensitif, berpikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tapi mudah diserang selesma. Bersifat romantik tapi tidak pandai memamrkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI: Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan genius. Personaliti yang mudah berubah. Mudah melawan orang lain. Agak pendiam, pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Suka pada kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah memamerkan kemarahannya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran. Cenderanug pada benda tahayul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC: Berpersonaliti yang menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara ssmula jadi, jujur pemurah dan mudah sipati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka kepada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalasa budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untk bedendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumah tangga. Punya bakat seni dalam bidang musik. Kecenderungan kepada benda yang istemewa dan baik. Jangan terlalu moody.

APRIL: Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai memanjakan diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suak diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada persaan takut. Suka pada adventure,pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cenderung pada sifat dendam. Agresif, kelam kabut dalam memilih keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI: Keras hati dan degil. Kuat semangat dan bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian. Perasaanyang sangat mendalam. Cantik dari segi mental dan fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tapi mudah dipengarugi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberi tahu. Daya khayalan yang tinggi. Pemikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka pada sastera, seni dan muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN: Berfikiran jauh dan berwawasan. Mudah ditwan kerana sikap baik. Berperangai yang lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Otaknya aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik. Cepat marah dan cepat sejuk. Suka bercekap dan berdebat. Suka buat lawak dan bergurau. Otaknya erdas berangan-angan. Mudah dan pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selesema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih dan cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat nak sembuh bila terluka hati. Suka kepada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya, tetapi sesiapa yang menegur saya adalah kawan saya.

JULAI: Sangat seronok didampingi. Banyak berahsia dan suakr dimengerti terumtam lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Adak maruah dan harga diri. Tak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa dengan semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain dengan pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja.

OGOS: Suka berlawak. Mudah tertawan kepadanya. Sopan santun dan caring terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orang agak tegas dan bersikap pemimpin. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah dan bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah dan udah mengamuk. Mudah marah apabila cakapanya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam dan teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdiakri. Suka memimpin dan dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Mudah ditimpa penyakit. Belajar untuk relaks. Sikap kelam kabut. Romantil, pengasih, penyayang. Suka mencari kawan.

SEPTEMBER: Sangat bersopan santun dan bertolak ansur. Sangat cermat, teliti dan teratur. Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sangat cool, baik dan mudah simpati. Sangat prihatin, teperinci, amanah, setia dan juur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya penaklukan yang baik. Bijak dan mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan dan melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya kerana sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER: Suka besembang. Suka pada orang yang sayang padanya. Suka mengambil jalan tengah. Sangat menawan sopan santun. Kecantikan luar dan dalam. Tidak pandai berbohong dan berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik danpenting kan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tapi merajutnya tidak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang lin kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan dan pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamnya perempuan). Suka melancong dan gemar bidang sastra dan seni. Pengasih, penyayang dan lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati dan cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka pada kegiatan luar. Orang yang adil. Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat.

NOVEMBER: Penuh dengan idea baru. Sukar memahami sikapnya. Berfikiran jauh, unik dan bijak. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Bagus untuk jadi doktor. Cermat dan teliti personaliti dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tapi mesra. Berani, pemurah setia dan byak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila hendak, diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai bermuhasabah diri. Cara berfikir lain dari orang lain. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak menghargai pujian. Badan yang tegap. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam. Romantik. Suka duduk di rumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur setia dan pandai berahsia. Tidak berpa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER: Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalampermainan dan pergaulan. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur denga orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Perangai yang berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka melawak. Berfikiran dengan logik.