PETUAH DAPUR: Seafoods
Daun Jambu Batu Hilangkan Hanyir Ikan
Bagi menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan air tawar,ambil beberapa helai daun jambu batu. Ramaskan daun tersebut dengan sedikit air dan gaulkan ia bersama ikan, kemudian basuh ikan sehingga bersih.
Buang Tulang Ikan Terubuk
Pegang bahagian ekor dan kepala ikan, tarik ia kearah bertentangan sehingga bunyi berderap. Cara ini akan memudahkan kita memakan isi ikan tersebut.
Ikan Tetep Segar
Siang ikan dan buangkan isi perut dan insangnya. Jangan dicuci. Bungkus ikan dalam kertas surat khabar dan masukkan ke dalam plastic. Simpan di dalam peti ais.
Cara Mudah Bersihkan Sotong
Rendam sotong di dalam air beras, biarkan selama 10 minit. Hasilnya,kulit sotong akan lekang dan ia akan memudahkan anda untuk membersihkanya, selain bau hanyirnya juga akan hilang.
Udang Sentiasa Segar
Perahkan air limau nipis semasa hendak menyimpannya didalam peti sejuk. Selain sentiasa segar, udang juga akan tahan lebih lama.